Tuesday, November 9, 2010

INSAF, MUHASABAH DAN BERSYUKUR

Salam, apa khabar semua semuga dilimpahi keimanan dan ketakwaan dari Allah yang maha esa.

Tup Tap Tup Tap...Dah penghujung tahun kita rupanya, Alhamdulillah kita masih di beri kesihatan yang sangat bernilai, kita masih diberi peluang untuk melihat dan menikmati kehidupan yang amat hebat kurniaan Allah.

Kekadang saya terfikir, terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita, masyallah,.

Tetapi apa sumbangan kita kepada Allah...padahal kalau kita amat-amati sebenarnya kalau kita lakukan suruhan Allah dengan sepenuhnya adalah amat mudah, tetapi...betullah seperti yang tersurat, sebenarnya kita dan sesungguhnya kita sebagai hambanya selalu lalai, leka sehinggakan apabila tuhan uji sedikit kesusahan kepada kita mulalah tidak ketentuan dan menyalahkan orang lain...ini satu bab..

Satu lagi apabila kita di uji pula dengan kekayaan (tidak semua) apakah kita bersyukur, berapa orang yang betul-betul bersyukur, ada memang ada,tetapi berapa kerat yang betul-betul bersyukur dan akur bahawa semua itu adalah rezeki dari Allah? Setengah orang yang riak akan berkata , semua kekayaan yang diperolehi adalah hasil titik peluhnya sendiri bukan daripadanya, adakah kenyataan ini betul? masyallah, marilah kita sama-sama menghambakan diri kepadanya...

Bersyukur...bersyukurlah...belum terlewat lagi untuk kita berubah, Allah tidak akan mengubah diri kita (nasib seseorang itu) selagi kita sendiri tidak cuba untuk mengubahnya dan berubah.

Terpulanglah kepada anda saudara-saudaraku untuk menilainya,

Sekian, saya stop di sini Insyallah berjumpa lagi di lain hari yang penuh kecerian,

WASALAM.