Wednesday, December 31, 2008

KME Coffee Habbatus Sauda'






SEJARAH PENUBUHAN KME COFFEE HABBATUS SAUDA'

Bismillah-hirrahma-nirrahim

(Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang)

Asalamualaikum WBKT,

Para usahawan dan bakal usahawan yang di hormati, semuga Allah memberkati usaha anda.

Produk berasaskan Habbatus Sauda' telah lebih 10 tahun berada dalam pasaran di Malaysia dan lebih 5000 tahun digunakan. Di Malaysia penggemarnya telah mula menjadikan ia sebagai salah satu pilihan yang tepat untuk penjagaan kesihatan. Habbatus Sauda' adalah warisan kita sejak 1400 tahun dahulu yang termaktub dalam Perubatan Kenabian dan kita sebagai umat nabi Nabi Muhammad (SAW) semestinya mengambil peluang untuk merasai anugerah yang tidak terhingga dari Allah SWT dalam penjagaan kesihatan dan untuk makluman produk yang dihasilkan dari campuran Habbatus Sauda' tidak mengandungi bahan kimia dan ia selamat untuk dinikmati samada dalam bentuk minuman selain minyaknya boleh dititiskan dalam makanan dan minuman dan sebagainya. Banyak lagi khasihat yang akan dihuraikan pada masa akan datang...tunggu.. terima kasih.

SHK Sinar Enterprise telah mempromosikan produk berunsurkan kopi pra campuran yang mana produk ini dahulunya diasaskan oleh "Syarikat Karisma Melayu Enterprise" (MA 0082219-X) semenjak tahun 2004. Pejabat operasinya beralamat di sungai mati, Muar Johor Darul Takzim, Malaysia.

Sejak penubuhannya KME Habbatus Sauda' telah mendapat pasaran yang meluas dikalangan penggemarnya di beberapa buah negeri.

Bermula pada Januari 2008 Syarikat SHK Sinar Enterprise (SA0073939-H) yang berpejabat di Shah Alam Selangor Darul Ehsan telah mengambilalih dan membeli sepenuhnya operasi KME Habbatus Sauda' dimana segala urusan jualbeli, pentadbiran dan hakcipta milik Karisma Melayu Enterprise diserahkan sepenuhnya kepada Syarikat SHK Sinar Enterprise.

Bermula pengambilalihan tersebut, SHK Sinar Enterprise telah mengorak langkah meneroka pasaran baru, Alhamdulillah ia telah mendapat sambutan yang meluas di kalangan penggemar KME Coffee Habbatus Sauda' di samping pasaran yang sedia ada.

SHK Sinar Enterprise masih lagi membuka peluang perniagaan yang menguntungkan ini kepada para Stokis/Usahawan yang ingin berjaya bersama kami di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak.

SHK Sinar Enterprise

Ibu pejabat Tel: 016-2561183, 0196029419
4560, No 10, Jalan Tanjung Tuan 30/30A, Batu 8 1/4, Jalan Kebun Seksyen 30, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Cawangan Tel: 016-2561183, 017-2681193
No.3, Jalan Batu 7, Kedai Masjid An-Naim, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Italic
Cawangan Tel: 019-3709153, 013-6181632
di 160-B, Jalan Besar Bukit Gambir, 84800 Ledang, Johor, Darul Takzim, Malaysia

Cawangan Tel: 019-3709153

Jalan Besar Kampong Parit Raja, 84700 Gersik, Muar, Johor Darul Takzim, Malaysia

Kami mengalu-alukan para peniaga dan bakal peniaga yang berminat untuk menjadi stokis sila-silakanlah hubungi kami seperti no. yang tertera di atas.

Bagi Stokis dan Para Usahawan, jika ingin berjaya bersama kami maka janganlah berlengah lagi, AYUH bermulalah dari sekarang, kerana kejayaan anda semua menanti di hadapan.

Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal.... Semuga Allah Memberkati Kita Semua.

Terima kasih.

Wasalam.

Dari Meja,

Pengarah Urusan, SHK Sinar Enterprise.


Wasalam.

KOLEKSI KME HABBATUS SAUDA'









Khasiat daripada Habbatus Sauda'

Khasiat Daripada Habbatus Sauda'

- Menyembuhkan penyakit pelik dengan izin Allah.

- Jika digoreng dan dibakar, kemudian dicium terus-menerus, menghilangkan gas dalam perut.

- Membunuh cacing parasit dan sebagai aroma spa atau luluran.

- Minyaknya insyallah boleh menyembuhkan gigitan ular, bengkak di dubur dan tahi lalat

- Menghilangkan sesak nafas, melonggarkan penyumbatan akibat kahak

- Melancarkan haid yang tersendat.

- Menyembuhkan pening atau sakit kepala.

- Apabila dimasak dengan cuka bersama kayu pinus, kemudian dibuat untuk berkumur, menghilangkan sakit gigi.

- Jika direbus dan aimya diminum, melancarkan kencing, haid dan air susu ibu.

- Menyembuhkan gigitan laba-laba.

- Asapnya dapat mengusir serangga.

- Menghilangkan sedu yang berasal dari kahak dan melancholis iaitu, gangguan yang disebabkan kesedihan yang terus-menerus atas depresi sehingga merosakkan bahagian hempedu.

- Menghilangkan kusta atau lepra.

- Menghilangkan demam quartan, yakni demam yang menyerang manusia selama sehari kemudian mereda selama dua hari, kemudian menyerang lagi ketika hari keempat.

- Jika ditumbuk dan dibuat adunan dengan madu dan air hangat dapat menghancurkan batu ginjal dan kantung kemih, dan sifat diureticnya memperlancar air seni.

- Apabila digoreng dan dicampur dengan cuka dapat menyembuhkan jerawat dan kudis serta menghilangkan peradangan yang lebih kronis pada jerawat dan tumor.

- Jika digoreng tanpa minyak dan ditumbuk serta dicampur dengan minyak zaitun kemudian dititiskan ke dalam hidung dan disertai bersin-bersin.

- Jika dihirup, dapat menyembuhkan hemiplegia atau lumpuh separuh.

- Jika dihirup, menghentikan keluarnya air mata.

- Insyallah selamat untuk digunakan.

Tuesday, December 30, 2008

Lagi mengenai KME Coffee Habbatus Sauda'

Setiap penyakit itu pasti ada ubatnya, berdasarkan sabda Rasulallah SWT berikut: Dari Jabir radhiyallahu `anhu, Rasulallah SAW bersabda : "Setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Oleh kerana itu, barang siapa yang tepat dalam melakukan pengubatan suatu penyakit, maka dengan izin Allah `Azza wa Jalla dia akan sembuh."[HR. Muslim, dalam Kitab as-Salaam dan kewajiban kita adalah beriktihar dalam mencari ubatnya dengan usaha yang maksima.

Dalam usaha kita mengubati penyakit yang dideritai, kita harus mengutamakan :Pertama, bahawa ubat dan doktor hanya perantaraan untuk penyembuhan, sedangkan yang benar-benar menyembuhkan adalah Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kedua, ikhtiar tersebut tidak boleh dilakukan dengan cara-cara yang haram dan syirik. Yang haram ini seperti berubat dengan menggunakan ubat yang terlarang atau barang-barang yang haram.

Allah tidak menjadikan penyembuhan dari barang yang haram dan tidak boleh pula berubat dengan hal-hal yang syirik, seperti pengubatan alternatif dengan cara mendatangi dukun, tukang sihir, orang pintar, menggunakan jin, pengubatan jarak jauh atau yang seumpamanya yang tidak sesuai dengan syari'at, sehingga dapat mengakibatkan jatuh ke dalam syirik dan dosa besar. (Do'a & Wirid, karya Ust Yazid Jawas hal. 354)

Salah satu cara pengubatan yang dianjurkan oleh Rasulallah SAW adalah dengan Habbatus Sauda', berikut ini adalah pembahasannya : Dari Abu Hurairah rodhiyallahu `anhu, Rasulallah Shallallahu SAW bersabda : " Dalam Habbatus Sauda' ada ubat dari segala penyakit, kecuali as-Saam". Ibnu Syihab (seorang rawi hadits ini) mengatakan : "as-Saam adalah kematian, dan Habbatus Sauda' adalah asy-Syuniz."[HR. Bukhori, dalam Kitab at-Thibb, bab al-Habbatus Sauda', Hadits no. 5688]

Dari `Aisyah radhiyallahu `anha, Rasulallah SAW bersabda : " Sesungguhnya Habbatus Sauda' ini adalah Ubat dari segala penyakit, kecuali as-Saam". Aku berkata (Perawi hadits ini, yakni Kholid bin Sa'ad): "apa itu as-Saam?" dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq): "Kematian". [HR. Bukhori, dalam Kitab at-Thibb, bab al-Habbatus Sauda', Hadits no. 5687]

Dari Abu Hurairah rodhiyallahu `anhu, Rasulallah Shallallahu SAW bersabda : "Tidaklah ada suatu penyakit, kecuali dalam Habbatus Sauda' terdapat kesembuhan baginya, kecuali as-Saam (kematian)" [HR. Muslim, dalam Kitab as-Salaam, bab at-Tadawi bil Habbatis Sauda'. Hadits no. 2215]

Nama lain dari Habbatus Sauda` adalah Nigella Sativa, al-Karawiyyah as-Sauda', al-Kamoun al-Aswad, asy-Syuniz, black cumin, kerosene, coal oil, carazna.

Menurut beberapa hasil kajian, Habbatus Sauda` memiliki khasiat --dengan izin Allah :

1. Menguatkan immunity sistem pada diri manusia

2. Melawan & menghancurkan sel-sel kanser/tumor.

3. Mengubati radangan serta infeksi.

4. Merawat dan menyembuhkan penyakit pelik.

5. Membunuh cacing-cacing parasit jika dimakan sebelum makan pagi dan jika diletakkan di atas perut dari bahagian luar sebagai aroma atau luluran.

6. Minyaknya bermanfaat untuk menyembuhkan gigitan ular, juga bengkak di dubur dan tahi lalat.

7. Menghilangkan sesak nafas & melegakan penyumbatan akibat kahak.

8. Melancarkan perjalanan haidh.

9. Jika dibalutkan, bermanfaat untuk menyembuhkan luka yang parah.

10. Jika diminum, biji ini akan melawaskan kencing, haidh dan sebagainya.

11. Membantu menyembuhkan gigitan serangga.

12. Bila dibakar, asapnya dapat mengusir serangga.

13. Jika ditumbuk dan dibuat adunan dengan madu dan air hangat dapat menghancurkan batu yang muncul dalam ginjal.

14. Apabila digoreng dan dicium terus-menerus dan dicampur dengan cuka dapat menyembuhkan jerawat dan kudis.

15. Jika digoreng tanpa minyak dan ditumbuk serta dicampur dengan minyak zaitun kemudian dititiskan ke dalam hidung 3 titisan akan menyembuhkan resdung dan disertai bersin-bersin.

16. Jika dihirup akan bermanfaat bagi hemiplegia (semiparalysis/lumpuh separuh).

- Aiman bin `Abdil Fattah mengatakan: "Oleh itulah kami dapat menetapkan bahawa dalam Habbatus Sauda' terdapat kesembuhan untuk segala macam penyakit, kerana peranannya yang menguatkan dan memperbaiki sistem immunity, dimana suatu sistem yang di dalamnya ada kesembuhan dari segala macam penyakit, dan memiliki kemampuan awal untuk memberikan kesembuhan secara sempurna atau sebahagian diantaranya untuk menyembuhkan segala penyakit".

Beliau juga mengatakan : "Begitu jelaslah hakikat ilmiah tentang hadits yang mulia ini, yang sebelumnya tidak pernah diketahui sesiapapun, apalagi dinyatakan kepada masyarakat luas.

Padahal yang demikian itu sudah dinyatakan sejak 14 abad yang lampau, yang menerima wahyu dari Dzat Yang Maha Mengetahui segala rahsia makhluk-Nya. Benar apa yang difirmankan-Nya: "Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah diwahyukan (kepadanya)." (QS An-Najm : 3-4).

Kemudian beliau (Aiman bin `Abdil Fattah) mengingatkan : "Kajian dan penelitian tentang pengubatan ala Nabi Shallallahu `alaihi wa sallam semacam ini, dengan menggunakan perkara yang sederhana namun besar manfaatnya, harus bekerja sama dengan pakar medik dan ahli pengubatan.

Kita juga sedia maklum bahawa harga ubat-ubat kimiawi di seluruh negara Islam akan melonjak harga saat ini, sesuai dengan tata tertib organisasi perdagangan international yang melarang pembuatan ubat-ubatan kecuali di negara asalnya, yang dimulai tahun 2005.

Kerana itulah kami menghimbau kepada para peneliti orang-orang Muslim agar aktif mengeluarkan simpanan pengubatan ala Nabi, sesuai dengan penelitian ilmiah, sebagaimana himbauan kami kepada para pelabur agar menanamkan modalnya untuk mempromosikan ubat-ubatan berdasarkan petunjuk Nabi Shallallahu `alaihi wa sallam. Janganlah mereka menunggu hingga orang-orang Muslim menjadi santapan ubat-ubatan kimiawi, sebagaimana kini mereka menjadi santapan berbagai produk makanan.

"Demikianlah sedikit tentang pengubatan dengan Habbatus Sauda'.

"Semuga anda diberkati Allah...."

Wasalam.

Kelebihan "KME Coffee Habbatus Sauda'"

Tuesday, June 10, 2008

Kelebihan Habbatus Sauda'

Habbatus Sauda membantu memperkuat metabolisma, pencernaan dan menurunkan tingkat kadar gula dalam darah. Tumbuh-tumbuhan ini juga berguna dalam pengubatan diabetes militus.

Dalam masalah pencernaan, Habbatus Sauda membantu merangsang cairan hempedu dan mendorong sirkulasi (darah), memperbaiki pencernaan dan telah digunakan untuk melawan cacing dan parasit pada saluran usus.

Habbatus Sauda' merupakan jamu yang unggul yang memiliki banyak manfaat terutama bila untuk pemeliharaan sistem kekebalan yang kuat dan sihat. Habbatus Sauda ini pun sangat berguna untuk mereka yang menderita asma dan gangguan saluran pernafasan, sistem kekebalan yang lemah dan yang terlalu dirangsang, gangguan ginjal atau liver, gangguan pencernaan dalam perut, melancarkan peredaran darah, alergi, demam dan jerawat.

Habbatus Sauda merupakan makanan kesihatan anugerah dari Allah yang bermanafaat kepada setiap orang. Bahan ini tidak ada kesan sampingan dan memiliki sejarah panjang tentang penggunaannya selama beberapa ratusan tahun.

Di dalam Kitab At Tibbun Nabawi (Pengubatan Cara Nabi yang ditulis oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah ). Habbatus Sauda' yang dikenali juga sebagai Al Habbah Al Barakah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahawa Habbatus Sauda' dapat mengubati sekitar 50 macam penyakit tanpa kesan sampingan. "Subhaanallah". Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda' dapat merangsang dan membantu memulihkan tenaga.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya
memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah
kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid juga menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda' mempertingkatkan daya
tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda' ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Berdasarkan kandungan Nigella sativa seperti tersebut di atas, maka dapat diperolehi berbagai macam manfaat seperti dibawah ini:

Menguatkan sistem kekebalan. Berdasarkan hasil penelitian, jintan hitam dapat meningkatkan sel-sel pembunuh alami. Keberkesanannya hingga 72% jika dibandingkan dengan plasebo (hanya 7%). Dr. Basil Ali dan rakannya dari College of Medicine, di Universitas King Faisal, menerangkan dalam jurnal Pharmasetik Saudi.

Keampuhan ekstrak Nigella sativa diakui oleh Prof. G Reitmuller, Direktur Institut Immonologi dari Universitas Munich, dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan dapat digunakan sebagai bioregulator. Dengan demikian, Nigella sativa dapat dijadikan ubat untuk penyakit yang menyerang kekebalan tubuh seperti kanser dan AIDS.

Meningkatkan daya ingat, konsentrasi dan keyakinan diri. Hormon adalah zat aktif yang dihasilkan oleh kelenjar endoktrin yang masuk dalam peredaran darah.

Dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis hormon, di antaranya hormon reproduksi yang berhubungan dengan ghairah seksual.

Meneutralkan racun dalam tubuh dan dapat metabolisme dan menurunkan fungsi organ penting
seperti hati, paru-paru dan otak. Gejala ringan keracunan seperti muntah, pening, gangguan pernafasan dan menurunkan daya konsentrasi.

Mengatasi gangguan tidur dan stress, terdapat pada Nigella mempunyai fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi
fungsi jantung, ginjal, otot tubuh, dan syaraf. Berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur dan dapat menghilangkan tekanan (stress).
Selain menjelaskan khasiat-khasiat dari Habbatus Sauda' lebih lanjut, pada bahagian kedua ini juga terdapat penutup yang membahaskan Habbatus Sauda' dari sisi lain yang patut untuk dijadikan bahan renungan kerana ia merupakan salah satu contoh dari huraian hikmah terhadap apa-apa yang datang dari Allah dan Rasul-Nya.

Thursday, May 22, 2008

Selamat berkunjung ke blog shk sinar enterprise



Tujuan blog ini di adakan adalah untuk memberi peluang kepada rakan-rakan seperjuangan samada dalam dunia perniagaan atau bidang lain untuk mempromosikan syarikat dan produk-produk yang ingin di iklankan. Selain dari itu ia juga berfungsi sebagai rakan untuk bertukar-tukar pengalaman, pandangan dan sebagainya.

Salam perkenalan untuk semua sahabat
.


Terima kasih, Wassaalam.

Friday, February 1, 2008

Nigella Sativa


Alhamdulillah, Segala pujian buat Tuhan kerana menciptakan berbagai macam makanan untuk hambaNya mengambil manfaat. Antara makanan berupa herba tumbuhan yang terhebat ialah Al-Habbatus Sauda’. Ada 14 hadith sahih yang menyebut tentang herba ini. Tentulah herba ini adalah antara yang terbaik sebab ianya disebutkan sendiri oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Padanya menjadi penawar untuk kita semua Insyaallah. Marilah kita mengenal dengan lebih dekat herba yang hebat ini. Terima kasih Tuhan.

Nigella Sativa

Nigella Sativa, pohon yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika utara terutama Mesir, di selatan Eropah di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India, . Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter. Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji. Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’.

HADITH SAHIH TENTANG HABBADUS SAUDA’

Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”Riwayat Imam Bukhari.
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.

Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”.Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.
HABBATUS SAUDA’ DALAM PERUBATAN MODEN

“ Nigella sativa commonly known as love in the mist a beautiful Middle Eastern Herb with many use”Dr. Micheal Tierra. L.A.C, O.M.D.Pengarang buku Planetary HarbologyDalam Kanun Perubatan (The Canon of Medicine) Ibnu Sina (980-1037 Masihi) mengatakan bahawa “black cumin adalah bijirin yang sangat merangsang tenaga tubuh dan sangat membantu dalam kelelahan kronik, kehilangan semangat serta memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan, dan sistem pernafasan”.
Sementara itu Al-Biruni (973-1048 Masihi) menegaskan bahawa “black seed” berkemungkinan digunakan sebagai bijirin penuh berzat semasa kurun ke sepuluh dan kesebelas.

Selain itu kehebatan Habbatus Sauda’ turut diperakui oleh cendekiawan silam lainnya seperti Ibnu Qayyim dan Al Baghdadi , disamping ratusan ahli sains dan pakar perubatan moden memperakui keunggulannya. Sebahagian daripada mereka adalah Dr. Basil Ali (dari The College of Medicine at King Faisal University), Dr Haq (dari The Department of Biological and Medical Research Center in Riyadh, Saudi Arabia), Dr. Michael Tierra (Pengarang buku Planetary Herbology), Dr. Peter Schleicher (Immunologist dari Munich), Professor Dr. El-Dakhakny (Pharmacology Department of Medicine, Elexandria University, UAR Egypt), Dr. Nirmal Chakravarty, M.D, Dr. Badr-el-Din dan Dr. Mahfouz, Dr. Ahmed El-Qadi dan Dr. Usama Qandil.
“ Habbatus Sauda’ memiliki peranan yang penting pada pencegahan tumor & kanser.Pada penggunaannya dalam waktu yang lama minyak Habbatus sauda’ memperkuat sistem kekebalan tubuh. Selain itu dapat mempercepat pembelahan sel ”. Dr. Stanley Kopok, University of Arizona, USA
“ Habbatus sauda’ kaya akan beta-sitosterol, yang diketahui memiliki kemampuan mencegah kanser”.Dr. Michael Tierra L. AC. O.M.D.
” Dengan mengkonsumsi Nigella Sativa dapat melawan kelelahan ”.” Sebagai tambahan sebaiknya habbatus sauda’ dimakan dengan Royal Jelly dengan perbandingan 2:1 ”.Dr. Mohammed Saleh, Kairo-Mesir
” Ekstrak habbatus sauda’ memiliki khasiat anti-tumor tanpa kesan sampingan seperti apa yang terjadi pada Chemotherapi dan penyinaran”.Study of Nigella sativa on humans, University of South Carolina. USA
“ Habbatus sauda’ mempunyai lebih dari 100 bahan aktif dengan berbagai khasiat penyembuhan. Salah satunya adalah impotensi.”Black Cumin, The Magical Egyptian Herb, Dr. Peter Schleicher, M. D.Dr.Mohammed Saleh, M.D., Egypt
“ Habbatus sauda’ terbukti memiliki kesan aktiviti anti-histamin, anti-oxidant, anti-biotic, anti -mycotic dan penghambat Bronchitis”.Study of Black Seed Oil on Humans, American Scientists
“ Kombinasi bahagian lipid dan struktur hormon dalam Nigella Sativa dapat meningkatkan air susu bagi ibu menyusui”University Pochefstroom
” Terapi baru yang efektif, mudah dicerna dan tidak mahal pada penyakit alergi adalah penggunaan asam lemak tidak jenuh dari minyak biji tanaman, terutama minyak Nigella Sativa”.Dr. Lutz Bannasch, München - Jerman
” Nigella Sativa mengandungi minyak eter yang dapat membantu pencernaan & mengurangi masalah usus ”.Prof. Dr. Hildebert Wagner, Institut fur Pharmazeutische Biologie, München - Jerman
” Nigella Sativa mengandung asam lemak tak jenuh, Linoleic & Gammalinolenic yang masuk dalam tubuh. Asam ini memungkinkan untuk pencapaian sintesis yang merupakan sistem kekebalan tubuh yang penting menyebabkan penyakit kronik seperti jerawat dan demam karena alergi, hingga kanser ”.Dr. Peter Schleicher, M. D., Immunologist, Munich Germany” Meningkatkan fungsi kekebalan tubuh ”.US. Patents Section, Antiviral Agents Bulletin # 5, 482, 711
” Habbatus sauda’ merangsang sumsum di tulang & imuniti sel serta pengeluaran terferon, melindungi sel-sel normal melawan virus perusak sel, melawan sel tumor, dan meningkatkan antibodi yang mengeluarkan sel B”.Cancer Immuno-biology, South Carolina
” Habbatus sauda’ terbukti menyembuhkan 70 % penderita alergi, termasuk di dalamnya alergi serbuk dan debu juga jerawat, serta neurodermitis ( penyakit kulit), asthma dan lemahnya daya kekebalan tubuh. Mengambil habbatus sauda’ secara teratur dapat menahan secara baik penyakit flu ”.Dr. Peter Schleicher, Immunologie, München-Jerman

PERANAN HABBATUS SAUDA’

Kebanyakan masalah kesihatan manusia ketika ini adalah berpunca dari masalah yang sama, samada infeksi oleh mikro-organisma seperti bacteria, virus, parasit dan kulat. Jika menggunakan pengubatan secara klinikal (ubatan allopatik), setiap kesan atau petanda penyakit akan di rawat secara berasingan, dan selalunya menggunakan ubatan yang di furmulasi secara kimia yang mengandungi alkohol dan beberapa kandungan bahan berbahaya.

Sementara habbatus sauda’ berkesan merawat tubuh secara keseluruhan dan bertindak ke atas punca sebenar penyakit. Habbatus sauda’ menyelaraskan kembali sistem pertahanan tubuh samada tatkala ia terlalu lemah atau ketika keadaannya terlalu kuat. Ia sangat cemerlang dalam merawat penyakit yang berkaitan dengan masalah hormon dan alahan yang kronik. Secara am, kegunaan serta manafaatnya terlalu banyak. Ia membantu sistem metabolisma, memperbaiki sistem pencernaan, menurunkan paras kandungan gula dalam tubuh. Ia akan membantu menyahkan segala cacing dan parasit dari dalam saluran usus. Ia berguna dalam melegakan sakit kerongkong , batuk, asthma, selsema, mengatasi keradangan, memperbaiki dan melancarkan peredaran darah, menambah pengaliran susu badan, membekalkan tenaga segera, menambah jumlah bilangan sperma, menstabilkan sistem tunjang, mengalakkan pertumbuhan rambut sekaligus menghalang keguguran rambut, mengatasi kulit berkedut, menambah ‘tone’ badan, disentri kronik, diabetes mellitus, dan banyak lagi.

Biji Nigella sativa dikenali dengan berbagai nama seperti Habbah elbarakah (Arab), Kalounji, Mungal realael (Hindi), Kezah (Hebrew), Charnushka (Russia), Corek otu siyah (Turki), Siyah daneh (Parsi), Zwiebelsame,Nadella, Schwarzkumm (German), Neidonkuka (Finland), Mustkoomen (Estonia), Karijnigi (Kanada), Czarnuszka siewna (Poland), Nigella (Itali), Graine atau Wagella Cultiree, Cheveuxdevenus, Negelle (Perancis), Svartkummin (Sweden), Niguilla, Pesionara (Sepanyol), Svartkarve (Norway) Juga dikenali sebagai Fennel flower, Black caraway, Nutmeg flower atau Roman coriander (Inggeris). Biasa juga biji buahnya dipanggil sebagai Black cumin, Nigella atau Black seed. Dikalangan orang Mesir dan Syam ia dikenali sebagai Al-Habbatul Barakah, dan bagi Telegu dipannggil Nellajilakaira, Punjabi dipanggil Kalongi, Malayalam dipanggil Karunjiragam, Singhalese dipanggil Kaluduru, Marathi dipanggil Kalonji, Tamin dipanggil Karunjiragam. Di Yaman dan Iran dikenali dengan nama Al-Syuniz, manakala di Algeria dipanggil Sanuj sementara di Moroko dipanggil dengan nama Basdas.

SEJARAH HABBATUS SAUDA’

Dilapurkan bahawa Nigella sativa (black seed) telah di temui di dalam makam Tutankhamen. Penemuan ini telah memberikan gambaran bahwa ia (Nigella sativa) mengambil tempat yang sangat penting dalam kehidupan orang-orang Mesir purba. Sungguhpun kegunaan sebenar Nigella sativa dalam masyarakat Mesir tidak diketahui secara tepat, namun dengan penemuan tersebut kita memaklumi bahawa sesuatu tidak akan dimuatserta kedalam makam diraja jika ia bukan sesuatu yang terpilih dan dipercayaai serta diyakini oleh mereka sebagai sangat berguna dan membantu raja mereka selepas mati.
Dalam sistem Perubatan Greco-Arab/Unani-Tibb yang berasal dari Hippocrates, menganggap black seed sebagai sumber pemulihan dalam gangguan pencernaan dan juga hati. Juga dianggap sebagai perangsang dalam berbagai keadaan tubuh.

Adalah fakta yang tidak benar jika dikatakan bahawa orang Arab mempelajari kegunaannya daripada orang-orang Greeks, kerana sebelum perkembangan Islam di Timur Tengah, tiada terdapat sebarang keterangan dan catitan tentang penggunaannya. Kegunaannya dalam perubatan hanya dicetuskan selepas kebangkitan Islam bermula dari apa yang telah diucapkan oleh Rasulullah saw berbunyi:-
“Sesunguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”.
Hadith riwayat Imam Bukhari
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
Hadith daripada Buraidah.

KELEBIHAN PEMAKAN DALAM HABBATUS SAUDA’

Mengandungi monosaccharides (single molecule sugars) dalam bentuk glucose, rhamnose, xylose, dan arabinose.
Ia mengandungi komponen non-starch polysaccharide sumber yang sangat berguna dalam kaedah keperluan pemakanan berserat.

Ia kaya dengan asid lemak, terutamanya asid lemak tak tepu dan asid lemak essential (Asid Linoleic dan Linoleic). Asid lemak essential tidak boleh di keluarkan oleh tubuh, jadi tubuh memerlukannya dari makanan seumpama habbatus sauda’.
Habbatus sauda’ mengandungi lima belas amino acids yang membentuk kandungan lengkap proteinnya termasuk lapan dari sembilan amino asid essential. Asid amino essential tidak boleh di proses guna dalam badan dalam jumlah yang mencukupi, jadi ia boleh didapati dari habbatus sauda’.

Habbatus sauda’ mengandungi Arginine yang mana ia sangat penting bagi pembesaran bayi.
Hasil analisis kimia telah menemukan bahawa habbatus sauda’ mengandungi karotene, yang mana ia kelak akan diubah oleh hati menjadi vitamin A, vitamin yang ketahui bertindak sebagai anti kanser.
Subhannallah.

Friday, January 25, 2008



Adakah anda mengetahui ?

Badan kesihatan dunia WHO dalam survey menyatakan bahawa 30% orang dari jumlah penduduk di dunia di nyatakan sihat, 30% lagi di nyatakan sakit dan 70% di nyatakan berpotensi sakit. Yang 70% di nyatakan berpotensi sakit karena mereka akrab dan intim dengan hal-hal yang membahayakan kesihatan seperti makanan dan minuman segera, pewarna kimia, pengawet kimia, pemanis buatan, formalin, alkohol, susu bermelamin, dll.


http://www.a
potikherba.com/

Tuesday, January 8, 2008

.

Nigella sativa

Is an annual flowering plant, native to southwest Asia. It grows to 20–30 cm tall, with finely divided, linear (but not thread-like) leaves. The flowers are delicate, and usually coloured pale blue and white, with 5–10 petals. The fruit is a large and inflated capsule composed of 3–7 united follicles, each containing numerous seeds. The seed is used as a spice

Nigella sativa seed

Tuesday, January 1, 2008

SENARAI STOKIS KME COFFEE HABBATUS SAUDA'

SENARAI STOKIS KME COFFEE HABBATUS SAUDA DI BEBERAPA KAWASAN SELANGOR, JOHOR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, KELANTAN, TERENGGANU , PERAK .

Para Pelanggan yang budiman,
Perlukan Khidmat nasihat & produk KME Coffee Habbatus Sauda'
Sila-silakanlah hubungi Stokis kami seperti senarai di bawah.
Salam Hormat dan terima kasih kepada semua stokis dan para pelanggan yang selama ini menyokong produk kami.

Pengarah Urusan
SHK Sinar Enterprise.


STOKIS KME COFFEE HABBATUS SAUDA' - SELANGOR DARUL EHSAN

Kawasan Shah Alam / Klang No. Telefon
1.  Poliklinik Barakah (Dr. Helina) 03 5162 5622
2.  Poliklinik Al Hikmah (Dr. Sarifah) 03 5513 7161
2.  Ustaz Ahmad Tarmizi bin Zakaria 019 220 2795
3.  Wan Nurul Azliyana binti Wan Adzmi 012 370 4799
4.  Wan Nurul Azlin - 012 9426494

KawasanSubang/SubangPerdana/PetalingJaya/Batang Berjuntai/Klang/Meru/Bangi/Putrajaya/Kuala Lumpur
1. Farmasi Materia Medica (Taman Subang Perdana) 03 7847 5080
2. Farmasi Materia Medica (Kampung Melayu Subang) 03 7848 3537
3. Farmasi Materia Medica (Taman Medan, Petaling Jaya) 03 7785 6294
4. Farmasi Materia Medica (Jalan Ipoh, Kuala Lumpur) 03 4044 1953
5. Farmasi Materia Medica (Seksyen 18, Shah Alam) 03 5548 7188
6. Farmasi Materia Medica (Meru, Klang) 03 3392 6704
7. Farmasi Materia Medica (Batang Berjuntai) 03 3271 6616
8. Farmasi Materia Medica (Taman Puchong Perdana) 03 8062 4105
9. Farmasi Materia Medica (Kompleks Puchong Perdana) 03 8062 4124
10. Farmasi Materia Medica(Kompleks PKNS Bangi) 03 8922 1355
11. Farmasi materia Medica (Putrajaya) 019 223 4105
12. En. Ramlan bin Kamin 03 78463141 / 013 678 4287 - Subang mahsing

Puncak Alam / Sungai Buloh / Ijok/ Jeram /Bukit Kapar / Meru Klang / Bukit Kucing / Bukit Rotan / Bistari Jaya
Encik Nazarudin b. Sanusi - 012 6680554 - Stokis baru / Pembelian secara online
Ustaz Firdaus - 017 3485328
Puan Sarifah Aini (kak pah) - 019 3582191 - Stokis Baru

Kawasan Kuala Selangor
1. Encik Fauzi bin Ismail 019 219 5937



Tanjung Karang
1. Puan Ani / Kak Ani 012 364 6506, 019 2962920 atau Encik Azwa 0132017012


Kawasan Kuala Lumpur
1. Kak Bib /Kak Leha 012 642 2695


STOKIS KME COFFEE HABBATUS SAUDA' JOHOR DARUL TAKZIM


Kawasan Ledang/
1. En. Mohamad Sahril 019 370 9153


Tangkak /Segamat
1. En. Shamsuddin 013 689 0283 / Puan Haliza (Staff nurse) 0122217736 Sg mati/rawang
1. Kak Normah (Kak Long) - 0176296708 (Parit Jawa), Muar, Batu Pahat


Bandar Muar / Maharani

Tuan Hj. Mat - 0193111530

Kota Tinggi
Stokis baru di Kota Tinggi Johor: 0197318795 (Air Tawar 3) Puan Siti Abdari / Imam Mustafa



STOKIS KME COFFEE HABBATUS SAUDA' NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Kawasan Senawang / Seremban
1. En. Muzafar 014 644 7134 / Puan Mauliah 017 311 5541


STOKIS KME COFFEE HABBATUS SAUDA' MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Kawasan Melaka
1. Pn. Kazlin b .Kasim - 017 2797107 
2. Encik Kasim           - 013 6309822

1. Tuan Hj. Ramli       - 017 301 0319

STOKIS KME COFFEE HABBATUS SAUDA' KELANTAN DARUL NAIM

Kawasan Rantau Panjang/Pasir Mas
1. En. Wan Azmi 019 989 5687


Kawasan Ketereh / Kota Baharu
2. Pn. Rohani 019 217 2024

STOKIS KME COFFEE HABBATUS SAUDA' TERENGGANU DARUL IMAN

Kawasan Kuala Berang/Ajil
1. En. Jamaluddin Abdul Rahman 019 940 5720

2. Tuan Hj. Abdul Rahman Bin Hassan 09 6871317
3. Puan UMI - 012 2027237 - Dungun berhampiran UiTM Dungun