Wednesday, December 31, 2008

KME Coffee Habbatus Sauda'






SEJARAH PENUBUHAN KME COFFEE HABBATUS SAUDA'

Bismillah-hirrahma-nirrahim

(Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang)

Asalamualaikum WBKT,

Para usahawan dan bakal usahawan yang di hormati, semuga Allah memberkati usaha anda.

Produk berasaskan Habbatus Sauda' telah lebih 10 tahun berada dalam pasaran di Malaysia dan lebih 5000 tahun digunakan. Di Malaysia penggemarnya telah mula menjadikan ia sebagai salah satu pilihan yang tepat untuk penjagaan kesihatan. Habbatus Sauda' adalah warisan kita sejak 1400 tahun dahulu yang termaktub dalam Perubatan Kenabian dan kita sebagai umat nabi Nabi Muhammad (SAW) semestinya mengambil peluang untuk merasai anugerah yang tidak terhingga dari Allah SWT dalam penjagaan kesihatan dan untuk makluman produk yang dihasilkan dari campuran Habbatus Sauda' tidak mengandungi bahan kimia dan ia selamat untuk dinikmati samada dalam bentuk minuman selain minyaknya boleh dititiskan dalam makanan dan minuman dan sebagainya. Banyak lagi khasihat yang akan dihuraikan pada masa akan datang...tunggu.. terima kasih.

SHK Sinar Enterprise telah mempromosikan produk berunsurkan kopi pra campuran yang mana produk ini dahulunya diasaskan oleh "Syarikat Karisma Melayu Enterprise" (MA 0082219-X) semenjak tahun 2004. Pejabat operasinya beralamat di sungai mati, Muar Johor Darul Takzim, Malaysia.

Sejak penubuhannya KME Habbatus Sauda' telah mendapat pasaran yang meluas dikalangan penggemarnya di beberapa buah negeri.

Bermula pada Januari 2008 Syarikat SHK Sinar Enterprise (SA0073939-H) yang berpejabat di Shah Alam Selangor Darul Ehsan telah mengambilalih dan membeli sepenuhnya operasi KME Habbatus Sauda' dimana segala urusan jualbeli, pentadbiran dan hakcipta milik Karisma Melayu Enterprise diserahkan sepenuhnya kepada Syarikat SHK Sinar Enterprise.

Bermula pengambilalihan tersebut, SHK Sinar Enterprise telah mengorak langkah meneroka pasaran baru, Alhamdulillah ia telah mendapat sambutan yang meluas di kalangan penggemar KME Coffee Habbatus Sauda' di samping pasaran yang sedia ada.

SHK Sinar Enterprise masih lagi membuka peluang perniagaan yang menguntungkan ini kepada para Stokis/Usahawan yang ingin berjaya bersama kami di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak.

SHK Sinar Enterprise

Ibu pejabat Tel: 016-2561183, 0196029419
4560, No 10, Jalan Tanjung Tuan 30/30A, Batu 8 1/4, Jalan Kebun Seksyen 30, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Cawangan Tel: 016-2561183, 017-2681193
No.3, Jalan Batu 7, Kedai Masjid An-Naim, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Italic
Cawangan Tel: 019-3709153, 013-6181632
di 160-B, Jalan Besar Bukit Gambir, 84800 Ledang, Johor, Darul Takzim, Malaysia

Cawangan Tel: 019-3709153

Jalan Besar Kampong Parit Raja, 84700 Gersik, Muar, Johor Darul Takzim, Malaysia

Kami mengalu-alukan para peniaga dan bakal peniaga yang berminat untuk menjadi stokis sila-silakanlah hubungi kami seperti no. yang tertera di atas.

Bagi Stokis dan Para Usahawan, jika ingin berjaya bersama kami maka janganlah berlengah lagi, AYUH bermulalah dari sekarang, kerana kejayaan anda semua menanti di hadapan.

Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal.... Semuga Allah Memberkati Kita Semua.

Terima kasih.

Wasalam.

Dari Meja,

Pengarah Urusan, SHK Sinar Enterprise.


Wasalam.

KOLEKSI KME HABBATUS SAUDA'









Khasiat daripada Habbatus Sauda'

Khasiat Daripada Habbatus Sauda'

- Menyembuhkan penyakit pelik dengan izin Allah.

- Jika digoreng dan dibakar, kemudian dicium terus-menerus, menghilangkan gas dalam perut.

- Membunuh cacing parasit dan sebagai aroma spa atau luluran.

- Minyaknya insyallah boleh menyembuhkan gigitan ular, bengkak di dubur dan tahi lalat

- Menghilangkan sesak nafas, melonggarkan penyumbatan akibat kahak

- Melancarkan haid yang tersendat.

- Menyembuhkan pening atau sakit kepala.

- Apabila dimasak dengan cuka bersama kayu pinus, kemudian dibuat untuk berkumur, menghilangkan sakit gigi.

- Jika direbus dan aimya diminum, melancarkan kencing, haid dan air susu ibu.

- Menyembuhkan gigitan laba-laba.

- Asapnya dapat mengusir serangga.

- Menghilangkan sedu yang berasal dari kahak dan melancholis iaitu, gangguan yang disebabkan kesedihan yang terus-menerus atas depresi sehingga merosakkan bahagian hempedu.

- Menghilangkan kusta atau lepra.

- Menghilangkan demam quartan, yakni demam yang menyerang manusia selama sehari kemudian mereda selama dua hari, kemudian menyerang lagi ketika hari keempat.

- Jika ditumbuk dan dibuat adunan dengan madu dan air hangat dapat menghancurkan batu ginjal dan kantung kemih, dan sifat diureticnya memperlancar air seni.

- Apabila digoreng dan dicampur dengan cuka dapat menyembuhkan jerawat dan kudis serta menghilangkan peradangan yang lebih kronis pada jerawat dan tumor.

- Jika digoreng tanpa minyak dan ditumbuk serta dicampur dengan minyak zaitun kemudian dititiskan ke dalam hidung dan disertai bersin-bersin.

- Jika dihirup, dapat menyembuhkan hemiplegia atau lumpuh separuh.

- Jika dihirup, menghentikan keluarnya air mata.

- Insyallah selamat untuk digunakan.

Tuesday, December 30, 2008

Lagi mengenai KME Coffee Habbatus Sauda'

Setiap penyakit itu pasti ada ubatnya, berdasarkan sabda Rasulallah SWT berikut: Dari Jabir radhiyallahu `anhu, Rasulallah SAW bersabda : "Setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Oleh kerana itu, barang siapa yang tepat dalam melakukan pengubatan suatu penyakit, maka dengan izin Allah `Azza wa Jalla dia akan sembuh."[HR. Muslim, dalam Kitab as-Salaam dan kewajiban kita adalah beriktihar dalam mencari ubatnya dengan usaha yang maksima.

Dalam usaha kita mengubati penyakit yang dideritai, kita harus mengutamakan :Pertama, bahawa ubat dan doktor hanya perantaraan untuk penyembuhan, sedangkan yang benar-benar menyembuhkan adalah Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kedua, ikhtiar tersebut tidak boleh dilakukan dengan cara-cara yang haram dan syirik. Yang haram ini seperti berubat dengan menggunakan ubat yang terlarang atau barang-barang yang haram.

Allah tidak menjadikan penyembuhan dari barang yang haram dan tidak boleh pula berubat dengan hal-hal yang syirik, seperti pengubatan alternatif dengan cara mendatangi dukun, tukang sihir, orang pintar, menggunakan jin, pengubatan jarak jauh atau yang seumpamanya yang tidak sesuai dengan syari'at, sehingga dapat mengakibatkan jatuh ke dalam syirik dan dosa besar. (Do'a & Wirid, karya Ust Yazid Jawas hal. 354)

Salah satu cara pengubatan yang dianjurkan oleh Rasulallah SAW adalah dengan Habbatus Sauda', berikut ini adalah pembahasannya : Dari Abu Hurairah rodhiyallahu `anhu, Rasulallah Shallallahu SAW bersabda : " Dalam Habbatus Sauda' ada ubat dari segala penyakit, kecuali as-Saam". Ibnu Syihab (seorang rawi hadits ini) mengatakan : "as-Saam adalah kematian, dan Habbatus Sauda' adalah asy-Syuniz."[HR. Bukhori, dalam Kitab at-Thibb, bab al-Habbatus Sauda', Hadits no. 5688]

Dari `Aisyah radhiyallahu `anha, Rasulallah SAW bersabda : " Sesungguhnya Habbatus Sauda' ini adalah Ubat dari segala penyakit, kecuali as-Saam". Aku berkata (Perawi hadits ini, yakni Kholid bin Sa'ad): "apa itu as-Saam?" dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq): "Kematian". [HR. Bukhori, dalam Kitab at-Thibb, bab al-Habbatus Sauda', Hadits no. 5687]

Dari Abu Hurairah rodhiyallahu `anhu, Rasulallah Shallallahu SAW bersabda : "Tidaklah ada suatu penyakit, kecuali dalam Habbatus Sauda' terdapat kesembuhan baginya, kecuali as-Saam (kematian)" [HR. Muslim, dalam Kitab as-Salaam, bab at-Tadawi bil Habbatis Sauda'. Hadits no. 2215]

Nama lain dari Habbatus Sauda` adalah Nigella Sativa, al-Karawiyyah as-Sauda', al-Kamoun al-Aswad, asy-Syuniz, black cumin, kerosene, coal oil, carazna.

Menurut beberapa hasil kajian, Habbatus Sauda` memiliki khasiat --dengan izin Allah :

1. Menguatkan immunity sistem pada diri manusia

2. Melawan & menghancurkan sel-sel kanser/tumor.

3. Mengubati radangan serta infeksi.

4. Merawat dan menyembuhkan penyakit pelik.

5. Membunuh cacing-cacing parasit jika dimakan sebelum makan pagi dan jika diletakkan di atas perut dari bahagian luar sebagai aroma atau luluran.

6. Minyaknya bermanfaat untuk menyembuhkan gigitan ular, juga bengkak di dubur dan tahi lalat.

7. Menghilangkan sesak nafas & melegakan penyumbatan akibat kahak.

8. Melancarkan perjalanan haidh.

9. Jika dibalutkan, bermanfaat untuk menyembuhkan luka yang parah.

10. Jika diminum, biji ini akan melawaskan kencing, haidh dan sebagainya.

11. Membantu menyembuhkan gigitan serangga.

12. Bila dibakar, asapnya dapat mengusir serangga.

13. Jika ditumbuk dan dibuat adunan dengan madu dan air hangat dapat menghancurkan batu yang muncul dalam ginjal.

14. Apabila digoreng dan dicium terus-menerus dan dicampur dengan cuka dapat menyembuhkan jerawat dan kudis.

15. Jika digoreng tanpa minyak dan ditumbuk serta dicampur dengan minyak zaitun kemudian dititiskan ke dalam hidung 3 titisan akan menyembuhkan resdung dan disertai bersin-bersin.

16. Jika dihirup akan bermanfaat bagi hemiplegia (semiparalysis/lumpuh separuh).

- Aiman bin `Abdil Fattah mengatakan: "Oleh itulah kami dapat menetapkan bahawa dalam Habbatus Sauda' terdapat kesembuhan untuk segala macam penyakit, kerana peranannya yang menguatkan dan memperbaiki sistem immunity, dimana suatu sistem yang di dalamnya ada kesembuhan dari segala macam penyakit, dan memiliki kemampuan awal untuk memberikan kesembuhan secara sempurna atau sebahagian diantaranya untuk menyembuhkan segala penyakit".

Beliau juga mengatakan : "Begitu jelaslah hakikat ilmiah tentang hadits yang mulia ini, yang sebelumnya tidak pernah diketahui sesiapapun, apalagi dinyatakan kepada masyarakat luas.

Padahal yang demikian itu sudah dinyatakan sejak 14 abad yang lampau, yang menerima wahyu dari Dzat Yang Maha Mengetahui segala rahsia makhluk-Nya. Benar apa yang difirmankan-Nya: "Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah diwahyukan (kepadanya)." (QS An-Najm : 3-4).

Kemudian beliau (Aiman bin `Abdil Fattah) mengingatkan : "Kajian dan penelitian tentang pengubatan ala Nabi Shallallahu `alaihi wa sallam semacam ini, dengan menggunakan perkara yang sederhana namun besar manfaatnya, harus bekerja sama dengan pakar medik dan ahli pengubatan.

Kita juga sedia maklum bahawa harga ubat-ubat kimiawi di seluruh negara Islam akan melonjak harga saat ini, sesuai dengan tata tertib organisasi perdagangan international yang melarang pembuatan ubat-ubatan kecuali di negara asalnya, yang dimulai tahun 2005.

Kerana itulah kami menghimbau kepada para peneliti orang-orang Muslim agar aktif mengeluarkan simpanan pengubatan ala Nabi, sesuai dengan penelitian ilmiah, sebagaimana himbauan kami kepada para pelabur agar menanamkan modalnya untuk mempromosikan ubat-ubatan berdasarkan petunjuk Nabi Shallallahu `alaihi wa sallam. Janganlah mereka menunggu hingga orang-orang Muslim menjadi santapan ubat-ubatan kimiawi, sebagaimana kini mereka menjadi santapan berbagai produk makanan.

"Demikianlah sedikit tentang pengubatan dengan Habbatus Sauda'.

"Semuga anda diberkati Allah...."

Wasalam.

Kelebihan "KME Coffee Habbatus Sauda'"