Asalamualaikum, salam sajehtera,
Saya doakan semuga tuan puan, saudara saudari , para stokis, para pengedar, para pelanggan yang masih setia dengan produk keluaran kami iaitu KME Coffee Habbatus Sauda.
Saya mohon ribuan ampun dan maaf kepada anda semua kerana telah terlalu lama saya tidak menulis di ruangan ini. Ini disebabkan saya agak banyak keja sikit dalam beberapa perkara yang perlu disegerakan.
Walaubagaimanapun Alhamdulillah semua nya berjalan dengan baik atas doa dan sokongan anda semua.
Alhamdulillah semangkin ramai beralih ke minuman kesihatan terbaik masa kini diantaranya tidak ketingalan dengan produk kami iaitu KME Coffee Habbatus Sauda, Produk ini amat laris jualannya salah satu kerana khasihatnya dengan izin dan keberkatan dari Allah.
Ramai pelanggan yang bertanya diantaranya nak dapatkan dimana, boleh kah kalau nak menjual, bagaimana nak menjadi ahli, dan ada juga pelanggan-pelanggan yang memberi tindakbalas berkenaan khasihatnya, dengan izin Allah diantaranya yang sakit lutut dan lemah lutut dah beransur pulih dan ada yang pulih, yang mengantuk segar semula, yang mengalami sengal-sengal badan dan masalah dalaman alhamdulillah, amat berterima kasih.
Saya sebagai pengusaha produk ini sentiasa bersikap terbuka dan , Insyallah akan menberi pandangan cadangan yang terbaik kepada pelanggan saya. Saya juga menerima komen-komen dan pandangan anda untuk saya perbaiki lagi produk saya ini.
Semuga berjumpa lagi di masa akan datang, sekali lagi saya amat-amat bersyukur kepada Allah dan amat
berterima kasih kepada semua.
Sekian Terima Kasih.
Wassalam.
Monday, March 24, 2014
Sunday, October 13, 2013
BEBERAPA PRODUK TERBAIK MASA KINI
ASALAMUALAIKUM, PARA SAHABAT SEMUA, ALHAMDULILLAH BERTEMU LAGI
PRODUK TAMBAHAN TERKINI DIANTARANYA GULSAN (JUS DELIMA), PELBAGAI MAKANAN SUNNAH, KURMA, ASSAUDA SOFT GEL, SABUN AS SAUDA, MINYAK HABBATUS SAUDA DAN BEBERAPA PRODUK LAIN YANG HANGAT DIPASARAN KERANA KHASIHATNYA.
DENGAN IZIN ALLAH.
Thursday, July 5, 2012
BERTEMU LAGI / KONGSI ILMU
Assalamualaikum,
Di panjatkan doa kepada Allah, semuga saudara-saudaraku di Malaysia dan serata dunia menikmati segala kurniaan Allah dimuka bumi ini.
Selang beberapa minggu (tak sampai sebulan) lagi kita umat Islam akan berpuasa, si kecilnya akan berlatih berpuasa, yang best nya golongan ini ada yang puasa yang yok, iaitu waktu pagi2 mereka bangun bersama2 keluarga bersahor, lepas sembahyang suboh, lebih kurang jam 7.00 pagi, mereka mulalah himpit2 ke dapur, apa kata orang dulu2, 'puasa yang Yok, pagi2 buka periuk, nak makan lagi le tu,...bukan apa, teringat zaman kanak2 dulu saya le tu..he..he...,
Si remajanya pun cuba cukupkan berpuasa, yang bestnya pula baru nak sampai tengah hari perut dah bergendang...sudah... kalau ada tv tu terlepek leh depan tv, mengira waktu..kadang2 yang himpit2 juga dapur, satu golongan ini akan sentiasa berpikiran panjang (akal panjang)..salah satu saat nak menunaikan solat , apa lagi dengar azan aje, mereka bergegas ke bilik air atau di tempat dimana terpancarrnya air maka mereka pun ambil wuduk ..ha..time ni lah semasa berkumur peluang untuk minum air kadang2 berlaku..tup..tup...segar, ya tak ...aku juga le ni, tapi sekarang dah sedar dan insaf, Alhamdulillah.
Si dewasanya tentulah berpuasa terutamanya lelaki yang baligh wajib berpuasa, yang perempuannya tertakluk kepada keadaannya pada masa tu, kalau tak datang bulan maka wajib lah berpuasa, begitu lah seterusnya hingga ke peringkat abah2 kita, itu pun kadang2 ada juga yang tak berpuasa, malunya..ada yang dipaparkan dalam akhbar2 tu...dimana ada yang tak segan silu makan dengan selambanya...muga2 mereka itu diberi hidayah dan petunjuk dari Allah, Amin.
Dalam kehidupan ini kita perlu/wajib saling ingat mengingati, bertegur sapa, hormat menghormati, baru lah hidup ini akan lebih bermakna, betul tak? . Ooo..baru teringat sebenarnya saya nak kongsi ilmu sempena bulan ramadhan tahun ni, Ni bukan apa ..pasal KME Coffee Habbatus Sauda'...promote nampak...ala sikit2 je...begini Insyallah dengan izin Allah, pagi2 waktu sahor cuba2 lah amalkan minum kopi ni secawan, Insyallah kita akan rasa kenyang hingga ke petang (waktu berbuka), ini saya amalkan Alhamdulillah ia nya sangat menakjubkan dan saya juga kongsi cerita dari sahabat2 yang mengamalkan minuman KME Coffee Habbatus Sauda mereka juga merasakan perkara yang sama., disamping kelazatannya dia juga boleh merawat penyakit mengikut keserasiannya.
Banyak tesimoni2 yang saya dapat, Alhamdulillah mereka berpuashati, ada juga Stokis saya ini dari pelbagai golongan dari golongan biasa sehingga ke golongan profesional menikmatinya dan mereka berterima kasih kepada saya dan stokis/ejen saya kerana memperkenalkan minuman berkhasihat ini.
Alhamdulillah, terima kasih semua kerana menyokong produk saya ini.
Sekian coretan saya untuk dikongsi bersama, semuga bertemu lagi di lain masa, Wasalam.
Sebarang maklumbalas sila emailkan kepada saya selain email yang sedia ada iaitu: http://karismamelayu@yahoo.com

Sunday, June 24, 2012
Thursday, May 24, 2012
Monday, December 13, 2010
KATA NASIHAT
Asalamualaikum, apa khabar ...Alhamdulillah selang beberapa hari lagi (16 hari dari hari ini) kita akan berada di tahun baru. Dari 2010 ke 2011, Mulalah masing-masing pasang niat untuk memasang azam baru, nak perangai baru, nak kereta baru, nak awek baru (yang belum berkhawin) nak pasang satu lagi yang baru...pendek kata semua nak yang baru-baru sahaja...yang lama ditinggalkan kononnya...maka masing-masing pasang niat.
Maka bermulalah era baru. Tuan-tuan nak tahu tak, berapa banyak azam kita yang setiap baru kita sematkan didada masing-masing belum tercapai...sehingga ada yang lupa yang di azamkan sebelum ini belum tercapai atau belum nak capai timbul lagi azam yang lain...pening-pening, tapi apa yang hendak dipeningkan..betul tak kerana kita semuakan berpikiran terbuka ya tak..tapi kalaulah kita sattlekan azam kita yang lama (yang valid lagi di zaman ini atau yang sewaktu dengannya) biar tercapai dulu barulah kita teruskan azam yang baru, barulah afdal betul tak...
Taklah nanti dikata orang asyik berangan dengan azam baru, azam lama habuk pun tak ada..baru padan dengan muka aku...kah..akh..kah..maaf bergurau...
Tapi kan...kan kita kena trust dengan diri kita ya tak...
Tepuk tangan...oppp...tepuk dada tanya selera kita...jumpa lagi...wasalam...renung-renungkanlah kalau paham...kalau tak paham..buat-buat lah tak faham...
Bye....
Tuesday, November 9, 2010
INSAF, MUHASABAH DAN BERSYUKUR
Salam, apa khabar semua semuga dilimpahi keimanan dan ketakwaan dari Allah yang maha esa.
Tup Tap Tup Tap...Dah penghujung tahun kita rupanya, Alhamdulillah kita masih di beri kesihatan yang sangat bernilai, kita masih diberi peluang untuk melihat dan menikmati kehidupan yang amat hebat kurniaan Allah.
Kekadang saya terfikir, terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita, masyallah,.
Tetapi apa sumbangan kita kepada Allah...padahal kalau kita amat-amati sebenarnya kalau kita lakukan suruhan Allah dengan sepenuhnya adalah amat mudah, tetapi...betullah seperti yang tersurat, sebenarnya kita dan sesungguhnya kita sebagai hambanya selalu lalai, leka sehinggakan apabila tuhan uji sedikit kesusahan kepada kita mulalah tidak ketentuan dan menyalahkan orang lain...ini satu bab..
Satu lagi apabila kita di uji pula dengan kekayaan (tidak semua) apakah kita bersyukur, berapa orang yang betul-betul bersyukur, ada memang ada,tetapi berapa kerat yang betul-betul bersyukur dan akur bahawa semua itu adalah rezeki dari Allah? Setengah orang yang riak akan berkata , semua kekayaan yang diperolehi adalah hasil titik peluhnya sendiri bukan daripadanya, adakah kenyataan ini betul? masyallah, marilah kita sama-sama menghambakan diri kepadanya...
Bersyukur...bersyukurlah...belum terlewat lagi untuk kita berubah, Allah tidak akan mengubah diri kita (nasib seseorang itu) selagi kita sendiri tidak cuba untuk mengubahnya dan berubah.
Terpulanglah kepada anda saudara-saudaraku untuk menilainya,
Sekian, saya stop di sini Insyallah berjumpa lagi di lain hari yang penuh kecerian,
WASALAM.

Friday, October 29, 2010
SeMbAnG2 PeTaNg..
Salam,
Alhamdulillah dipanjatkan penuh kesyukuran kepada Allah di atas rezeki yang dikurniakan kepada kita. Peringatan kepada saya dan saudara-saudaraku bahawa setiap apa pun yang kita dapat semuanya dari Allah.
Berkerjalah kita untuk mendapatkan rezeki dan beribadatlahlah kita seolah2 kita akan mati pada bila-bila masa. Semasa kita hidup di dunia yang sementara ini dan diberi kesihatan... berbaktilah, bersedekahlah, beribadatlah banyak-banyak. Dengan ketulusan hati yang bersih, Insyallah, Allah akan memberi ganjaran berlipat kali ganda dengan syarat kita ikhlas.
Setiap rezeki yang kita dapat adalah pemberian darinya tapi ingat ...bahawa rezeki itu bukan untuk kita sahaja, oleh itu sedekahlah sedikit harta kita itu kepada yang memerlukan, kerana setiap sedekah yang kita beri pada orang yang memerlukan atau anak yatim Allah akan gandakan rezeki kita itu, dengan syarat...mesti ikhlas walaupun sedikit.
Begitu juga dengan kesihatan kita, hendaklah kita jaga dengan baik, carilah ilmu bagaimana nak jaga kesihatan kita. Sebenarnya banyak boleh kita cari untuk menjaga kesihatan, jangan dah sakit barulah, kita tercari2.
Tip... cara yang mudah untuk menjaga kesihatan adalah bersenam sekurang2nya 1/2 - 1 jam, jogging ke, berjalan anak pun boleh, janji keluar peluh insyallah, dalam seminggu luangkan masa 3 hari untuk bersenam, satu lagi carilah minuman kesihatan atau buah2an yang boleh di minum atau dimakan dan yang penting serasi dengan badan kita.
Baiklah itu yang boleh kita sembang petang..petang begini, sekadar untuk berkongsi, dan ingat mengingati..kalau ada cadangan dan pandangan sila-silakan lah...kita kongsi2
Wasalam.

Monday, August 2, 2010
SEMBANG LAGI
Asalamualaikum,
Apa khabar saudara-saudaraku semua, Saya sentiasa berdoa semuga semua berada dalam kesihatan yang baik kurniaan Allah SWT.
Dalam kisah sembang kali ini, saya ingin berkongsi kepada saudara-saudaraku sekalian berkaitan dengan kesihatan. Setiap kali kita sering dikejutkan dengan kematian atau penderitaan akibat penyakit-penyakit berpunca dari kebanyakan makanan.
Memang tidak dapat dipertikaikan/dinafikan bahawa ajal maut di tangan tuhan tapi harus diingat kita kan diberi pilihan.
Tetapi yang istimewanya kita akan mula tersedar dan sikit terkejut, tersentak, nak tersungkur pun ada, apabila perkara itu berlaku samaada pada diri kita, saudara2 kita atau saudara jauh dari kita dan sebagainya.
Masa tu baru kita gelabah apa nak buat, berubat sana-sini, makan ubat tu , makan ubat ini, pergi klinik/hospital jumpa doktor, jumpa pengamal perubatan tradisional, jumpa bomoh dan macam-macam lagi, time tu lah menyesalnya tak terkata tapi apa nak buat, perkara dah berlaku..
Justru itu untuk kita yang belum di uji dengan penyakit-penyakit kronik dan separa kronik tersebut, cegah lah dulu..amalkanlah cara hidup yang sihat, carilah vitamin2 dan produk kesihatan yang sekarang berlambak di pasaran yang sesuai untuk diri kita, ingat jangan salah pilih produk (carilah yang halalan toibah) sebab mungkin harganya tak semahal mana, ada yang se atau belasan ringgit atau puluhun...janganlah kita berkira, belilah, sebab bila kita dah ditimpa musibah penyakit, bukan setakat seringgit atau dua ringgit malahan boleh cecah ratusan malahan ribuan ringgit, kalau pada yang berharta bolehlah maintain tapi orang yang kebanyakan macam kita...bagaimana pula, terpaksa lancarkan tabung itu tabung ini, tapi berapa banyak yang boleh menyumbang kalau perkara yang sama berulang.
Memang tidak dapat dinafikan masyarakat kita ni memang suka menderma..tapi kalau ini berlaku dan terus berlaku akhirnya apa akan jadi...fikir-fikirkanlah...
Ingatlah jika kita berkira untuk membayar sedikit wang untuk produk kesihatan, jangan menyesal nanti jika kita berada (doa-doa sentiasa diberikan kesihatan) di dalam keadaan sebaliknya, masa tu nak menyesal dah terjadi ...oleh itu beringatlah...
Sekian, Mohon kemaafan jika coretan diatas menyentuh mana-mana pihak, hanya sekadar nak menyelami/berkongsi sedikit mungkin pengalaman....sebab dalam islam sendiri kita harus ingat mengingati...betul tak gitu.
Oh ya Insyallah minggu depan semua umat islam akan berpuasa, Saya ucapkan selamat berpuasa, berpuasalah dengan penuh keinsafan, semuga amalan kita diterima Allah, Amin
Wasalam,
Jumpa lagi.

Tuesday, April 13, 2010
SEMBANG-SEMBANG PETANG
Asalamualaikum,
Salam persahabatan untuk semua stokis, para pelanggan yang di muliakan, semua para peniaga walau dimana anda berada, semuga usaha yang dijalankan akan membuahkan hasil yang memuaskan, jangan cepat berputus asa jika gagal, kerana saya yakin Allah akan memberi kejayaan jika kita berusaha dan terus berusaha, Insyallah.
Saya ingin berkongsi dengan saudara/i yang sentiasa dirahmati Allah,
nak jadikan cerita semalam saya menghantar KME Coffee Habbatus Sauda' di beberapa tempat di Selangor (stokis) , kebetulan bertemu beberapa pelanggan, sembang punya sembang, maka bercerita lah pelanggang tersebut kepada saya tentang khasihat KME coffee Habbatus sauda' berkata lah pelanggan tu " Alhamdulillah semenjak saya mengamalkan minuman ni tahap kolestrol saya menurun, saya menjadi begitu yakin terhadap diri saya. katanya lagi mula-mula tu..saya diberikan oleh penjual kopi tersebut 3 sachet, saya bawa balik ke rumah, saya buat air dan masukkan 1 sachet ke dalam cawan dan tuang air panas, saya pun minum dan saya rasa satu kelainan, disamping rasanya sedap, malamnya saya minum lagi satu cawan, badan saya terasa segar...selang beberapa hari selepas itu, saya mendapatkan penjual kopi tersebut...saya tanya boleh ke saya mendapatkan kopi tersebut, sebab saya rasa serasi meminumnya, stokis tersebut pun memberikan beberapa kotak kepada saya, dipendekkan cerita, semenjak hari saya tak pernah terlepas mendapatkan kopi tersebut..dan saya berhasrat untuk menjadi stokis di kawasan saya...saya ingin berkongsi manafaat ini dengan orang lain tentang apa yang saya rasa, kerana Habbatus sauda' adalah minuman yang saya rasa terbaik kepada semua orang tak kira siapa pun anda, kerana ia minuman untuk kesihatan. Begitu lah ceritanya dan dengan rasa rendah diri saya pun mempelawa beliau untuk menjadi stokis. Beliau pun merasa gembira.
Allah... dah nak masuk waktu maghrib, setakat disini dahulu sembang saya untuk saya berkongsi dengan anda semua, sebenarnya banyak lagi saya nak kongsi pengalaman/cerita dengan anda semua, semuga bertemu lagi dilain hari, selagi kita berusaha, Insyallah kejayaan sentiasa menanti kita di hadapan, yakinlah, Insyallah.
Jumpa lagi,
Ikhlas dari,
Pengarah Urusan
SHK Sinar Enterprise
Thursday, April 8, 2010
Saturday, March 27, 2010
Tuesday, January 19, 2010
UCAPAN TAHUN BARU 2010
Masih belum terlewat untuk saya mengucapkan "Selamat menyambut tahun baru 2010". Semuga tuan/puan saudara/ri berbahagia dan lebih ceria lagi, apa khabar semua, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan tuan/puan, saudara/ri, kerana masih tetap setia menyokong produk keluaran anak tempatan iaitu KME Coffee Habbatus Sauda'.
Alhamdulillah, produk ini telah mendapat sokongan dari pengemar minuman kesihatan, sejak ia dilancarkan bermula 2004 - 2010 ( telah hampir 6 tahun berada dipasaran), syukur kepada Allah kerana memberi keberkatannya sehingga kami ke tahap ini, Alhamdulillah.
Ucapan ribuan terimakasih juga kepada stokis-stokis lama kerana masih setia lagi bersama kami, juga para penggemar KME coffee Habbatus Sauda' terima kasih tak terhingga dari saya, juga ucapan terimakasih kepada semua yang menyokong saya, memberi galakan, hanya Allah yang dapat membalasnya.
Dan kini KME Coffee Habbatus Sauda' masih lagi memerlukan stokis-stokis baru untuk memasarkan produk ini. Selamat datang , Welcome..saya alu-alukan kedatangan anda semua, dan akhir kata sama-samalah kita membantu mempertabatkan ekonomi orang islam dan menyokong produk keluaran terutama anak tempatan.
Yang buruk adalah kelemahan dari saya sendiri dan yang baik adalah dari Allah Yang Maha Esa.
Semuga jumpa lagi,
Ikhlas dari saya,
PENGARAH URUSAN

Tuesday, December 22, 2009
Sunday, September 13, 2009
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
Asalamualaikum, berjumpa lagi di bulan yang penuh seribu rahmat dan keberkatan kepada semua Umat Nabi Muhammad SAW, kerana diketemukankan kita semula pada bulan yang mulia ini.
Dihari baik bulan baik ini marilah sama-sama kita berdoa semuga rezeki kita bertambah, dan saya dengan penuh rasa rendahdiri mengucapkan Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut hari raya aidil fitri, Maaf Zahir dan Batin.
Jumpa Lagi.
Wasalam

Saturday, August 22, 2009
Tuesday, August 18, 2009
RAHSIA KEHEBATAN HABBATUS SAUDA'
Pelanggan yang di hormati, berita gembira buat anda semua, saya percaya ada di antara anda telah membaca atau terbaca berita di Utusan Malaysia muka depan bertarikh 14 Ogos 2009 Jumaat yang lepas.
Salah satu artikel ada menyebut Jintan hitam atau lebih dikenali sebagai habbatus sauda dalam bahasa arab.
Menurut kajian yang dijalankan dan disiarkan didalam sebuah majalah penyelidikan perubatan China, habbatus sauda' dipercayai dapat mencegah jangkitan selesema babi atau influenza A(H1N1).
Beberapa cara boleh dilakukan samaada merendam herba tersebut dalam air panas atau dalam bentuk sachet (paket seperti kme coffee Habbatus sauda') dan di minum pada waktu pagi dan petang 2x sehari.
Di Arab Saudi minuman tersebut diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan umrah di Mekah dan Madinah.

Thursday, May 28, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)