Monday, August 2, 2010

SEMBANG LAGI

Asalamualaikum,

Apa khabar saudara-saudaraku semua, Saya sentiasa berdoa semuga semua berada dalam kesihatan yang baik kurniaan Allah SWT.

Dalam kisah sembang kali ini, saya ingin berkongsi kepada saudara-saudaraku sekalian berkaitan dengan kesihatan. Setiap kali kita sering dikejutkan dengan kematian atau penderitaan akibat penyakit-penyakit berpunca dari kebanyakan makanan.

Memang tidak dapat dipertikaikan/dinafikan bahawa ajal maut di tangan tuhan tapi harus diingat kita kan diberi pilihan.

Tetapi yang istimewanya kita akan mula tersedar dan sikit terkejut, tersentak, nak tersungkur pun ada, apabila perkara itu berlaku samaada pada diri kita, saudara2 kita atau saudara jauh dari kita dan sebagainya.

Masa tu baru kita gelabah apa nak buat, berubat sana-sini, makan ubat tu , makan ubat ini, pergi klinik/hospital jumpa doktor, jumpa pengamal perubatan tradisional, jumpa bomoh dan macam-macam lagi, time tu lah menyesalnya tak terkata tapi apa nak buat, perkara dah berlaku..

Justru itu untuk kita yang belum di uji dengan penyakit-penyakit kronik dan separa kronik tersebut, cegah lah dulu..amalkanlah cara hidup yang sihat, carilah vitamin2 dan produk kesihatan yang sekarang berlambak di pasaran yang sesuai untuk diri kita, ingat jangan salah pilih produk (carilah yang halalan toibah) sebab mungkin harganya tak semahal mana, ada yang se atau belasan ringgit atau puluhun...janganlah kita berkira, belilah, sebab bila kita dah ditimpa musibah penyakit, bukan setakat seringgit atau dua ringgit malahan boleh cecah ratusan malahan ribuan ringgit, kalau pada yang berharta bolehlah maintain tapi orang yang kebanyakan macam kita...bagaimana pula, terpaksa lancarkan tabung itu tabung ini, tapi berapa banyak yang boleh menyumbang kalau perkara yang sama berulang.

Memang tidak dapat dinafikan masyarakat kita ni memang suka menderma..tapi kalau ini berlaku dan terus berlaku akhirnya apa akan jadi...fikir-fikirkanlah...

Ingatlah jika kita berkira untuk membayar sedikit wang untuk produk kesihatan, jangan menyesal nanti jika kita berada (doa-doa sentiasa diberikan kesihatan) di dalam keadaan sebaliknya, masa tu nak menyesal dah terjadi ...oleh itu beringatlah...


Sekian, Mohon kemaafan jika coretan diatas menyentuh mana-mana pihak, hanya sekadar nak menyelami/berkongsi sedikit mungkin pengalaman....sebab dalam islam sendiri kita harus ingat mengingati...betul tak gitu.

Oh ya Insyallah minggu depan semua umat islam akan berpuasa, Saya ucapkan selamat berpuasa, berpuasalah dengan penuh keinsafan, semuga amalan kita diterima Allah, Amin


Wasalam,

Jumpa lagi.

No comments: