Salam,
Alhamdulillah dipanjatkan penuh kesyukuran kepada Allah di atas rezeki yang dikurniakan kepada kita. Peringatan kepada saya dan saudara-saudaraku bahawa setiap apa pun yang kita dapat semuanya dari Allah.
Berkerjalah kita untuk mendapatkan rezeki dan beribadatlahlah kita seolah2 kita akan mati pada bila-bila masa. Semasa kita hidup di dunia yang sementara ini dan diberi kesihatan... berbaktilah, bersedekahlah, beribadatlah banyak-banyak. Dengan ketulusan hati yang bersih, Insyallah, Allah akan memberi ganjaran berlipat kali ganda dengan syarat kita ikhlas.
Setiap rezeki yang kita dapat adalah pemberian darinya tapi ingat ...bahawa rezeki itu bukan untuk kita sahaja, oleh itu sedekahlah sedikit harta kita itu kepada yang memerlukan, kerana setiap sedekah yang kita beri pada orang yang memerlukan atau anak yatim Allah akan gandakan rezeki kita itu, dengan syarat...mesti ikhlas walaupun sedikit.
Begitu juga dengan kesihatan kita, hendaklah kita jaga dengan baik, carilah ilmu bagaimana nak jaga kesihatan kita. Sebenarnya banyak boleh kita cari untuk menjaga kesihatan, jangan dah sakit barulah, kita tercari2.
Tip... cara yang mudah untuk menjaga kesihatan adalah bersenam sekurang2nya 1/2 - 1 jam, jogging ke, berjalan anak pun boleh, janji keluar peluh insyallah, dalam seminggu luangkan masa 3 hari untuk bersenam, satu lagi carilah minuman kesihatan atau buah2an yang boleh di minum atau dimakan dan yang penting serasi dengan badan kita.
Baiklah itu yang boleh kita sembang petang..petang begini, sekadar untuk berkongsi, dan ingat mengingati..kalau ada cadangan dan pandangan sila-silakan lah...kita kongsi2
Wasalam.
No comments:
Post a Comment