Tuesday, February 9, 2016

SALAM HORMAT SEMUA SAHABATKU SEMUA

Bismillahirrahmanirrahimomannirohim....
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu...

"ALLAHHUMA INNA NAS ALUKA
RIDHAAKA WAL JANNAH, WANA'
UUDZUBIKA MIN SAKHATHIKA WANNAR" .

Selamat pagi, salam sajehtera kepada semua sahabat, Ayah, Emak, kakak, pakcik, makcik, tuan puan penggemar minuman kesihatan, Insyallah, minuman ini adalah yang baik antara yang terbaik.

Alhamdulillah di hari yang berbahagian ini kita dapat dipertemukan di ruangan ini untuk sama-sama berkongsi Ilmu diantaranya ialah minuman sunnah. KME Coffee Habbatus Sauda, adalah salah satu minuman yang terbaik diantara ribuan minuman barakah yang berada dipasaran.

Kelebihan minuman kesihatan ini adalah untuk samaada untuk minuman biasa, minuman untuk kesihatan samaada badan kita sihat atau kurang sihat. Harus kita ingat bahawa minuman kesihatan ini adalah sebagai ikhtiar dan kesembuhan adalah dari Allah.

Syarikat kami adalah salah satu diantara ribuan syarikat yang memasarkan minuman kesihatan yang kami terjemahkan melalui produk kami iaitu " KME Coffee Habbatus Sauda'',. Di bawah ini adalah testimoni daripada pelanggan kami . Kita lihat dan baca apa yang mereka perkatakan..:

1.  Pelanggan 1, 'Saya dan Isteri, minum KME Coffee Habbatus Sauda ini, pada mulanya apabila berpeluh ia menghasilkan bau yang tak berapa menyenangkan dan tak selesa. Kami positif mungkin ia proses pembuangan toksin dalam badan. Alhamdulillah, kami amalkan minum sehari 2 kali. Selepas 3 - 4 hari minum bau tersebut beransur hilang dan betul lah jangkaan kami itu. Semenjak mengamalkannya, badan saya dan isteri saya sihat dan rasanya amat menyegarkan. Terimakasih.

Hj. Muhamad Shafie, Batu Pahat, Johor'.

2. Pelanggan ke 2,  ' Saya mengalami sakit-sakit sendi, Apabila nak sembahyang badan rasa tak selesa. Alhamdulillah selepas saya mengamalkan minum KME Coffee Habbatus Sauda ini, Sakit sendi saya beransur pulih dan saya boleh sembahyang dengan tenang.

Puan Hajah Maimunah, Jalan Jati, Shah Alam, Selangor'.

3.  Pelanggan ke 3,  ' Saya baru melahirkan anak sulong. Anak saya kuat menyusu badan. Sejak saya mengamalkan minuman kme coffee ini, bertambah banyak susu yang keluar. Saya syorkan ibu-ibu yang menyusukan cuba amalkan minuman KME Coffee Habbatus Sauda ini, Insyallah anda akan tahu khasihatnya.

Puan Ramlah, Dungun, Terengganu'.

4.  Pelanggan ke 4, Saya adalah pengguna setia KME Coffee Habbatus Sauda. Rutin harian yang agak padat menyebabkan badan merasa cepat penat. Dengan mengambil 1 cawan pagi dan 1 cawan malam boleh memberi tenaga untuk saya menjalankan tugas seharian dengan sebaik mungkin.Cubalah, In sha Allah anda akan mendapat khasiatnya.

Puan Azuanah, Port Dikson, Negeri Sembilan'.

5. Pelanggan ke 5,  Kami sekeluarga mengamalkan minuman KME Coffee Habbatus Sauda ini, seawal umur 4 tahun hingga umur 60, keluarga kami mengambil minuman ini 3 kali sehari. Selain rasanya yang sedap dan menyegarkan, Ia amat murah, tak sampai rm 1.00, satu sachet,  kalau buang air kecil pun tak tak terasa bau kopi ... Alhamdulillah . Memang terbaik.
'En. Halim, Masjid Tanah, Melaka.

Alhamdulillah, ramai lagi yang telah menikmati minuman KME Coffee Habbatus Sauda ini.

Terimakasih pada pelanggan2 setia kami. Terimakasih juga kepada Stokis2 kami dan Pengedar2 Kami, . Anda semua adalah yang terbaik dari yang terbaik.

Alhamdulillah.

Wasalam.

Monday, February 2, 2015

Asalamualaikum,

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah dengan limpah kurnianya kita dapat bertemu kembali di sini. Seribu kemaafaan dipohon kepada sahabat penggemar produk KME Coffee Habbatus Sauda' kerana telah lama saya tidak berbicara di laman ini.

Ribuan terimakasih diucapkan kepada anda semua pelanggan yang di kasihi, atas sokongan, dorongan dari pelanggan semua, syarikat saya terus mengorak langkah kehadapan. Kita baru melangkah ke tahun 2015, masa berlalu begitu cepat, rupanya dah  hampir 12 tahun saya telah berkecimpong dalam perusahaan ini. Dalam saya membangunkan perniagaan ini berbagai rintangan, cabaran, dugaan dan halangan saya tempuhi. 

Alhamdulillah berkat kesabaran dan sokongan dari pelanggan, stokis, pengedar semunya berjalan dengan lancar.Produk ini semangkin hari semangkin mendapat sambutan dari penggemar KME Coffee Habbatus Sauda. 

Sehingga kini selain di Malaysia produk KME telah sampai di Amerika latin iaitu Di Suriname. Rakan Stokis telah membawanya di sana, dan sambutan kepada produk Muslim amat-amat menggalakan.

Demikian sedikit perkongsian daripada saya kepada anda semua.

Bertemu Lagi dan Salam Hormat.

Friday, August 1, 2014

Poster, brochure dan pamplet terbaru

BISMILLAH HIROMAN NIROHIM.

Asalamualaikum, Salam sejahtera Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Pejam celik - Pejam celik rupa-rupanya dah enam hari kita Berhari Raya. Bagaimana raya tahun ini. Pelbagai kan. Ada sebahagian suasananya bergembira, suka, teruja, sedih, sebab kemungkinannya semua keluarga berkumpul adik-beradik, yang merancang untuk mengumpulkan keluarga yang selama ini sukar untuk bersatu Alhamdulillah dah tercapai tahun ini. Yang rakan-rakan waktu sekolah rendah dan menengah yang hampir 30 tahun tak jumpa dapat berkumpul semula di hari raya tahun ini. Yang dulu duduk kampong sama sama bermain senapang, meriam, lestik olok-olok yang lama tak jumpa, jumpa semula tahun ini.

Tak kurang yang tahun ini bersedih sebab kehilangan keluarga tersayang di mana yang isteri kehilangan suami, anak kehilangan ibu atau bapa,  yang adik kehilangan abang, yang abang kehilangan adik, kakak  dan sebagainya takziah diucapkan dan mohon doakan mereka agar ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman Aamiin.

Dikesempatan ini saya bagi pihak Syarikat SHK Sinar Enterprise dan Syarikat Karisma Melayu mengucapkan selamat menyambut hari raya idul fitri, memohon ampun dan maaf kepada semua pelanggan, pengedar dan stokis semuga apa yang kita kerjakan adalah sebagai satu ibadah.

Semuga Allah merahmati kita semua.

JumpaLagi.

Wasalam.




Friday, July 4, 2014

SALAM RAMADHAN 2014

Asalamualaikum,

Saya doakan saudara/saudari tuan /puan/dato /datin sihat walafiat di rahmati Allah sentiasa.
Bertemu lagi kita di bulan yang mulia ini, bersyukur kepada Allah kita dapat lagi mengecapi 
kenikmatan darinya.

 Di sini dipaparkan beberapa artikel untuk renungan bersama.

Rasullah S.A.W bersabda :

"Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka pada hari Qiamat ialah seseorang yang diletakkan dibawah dua telapak kakinya bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada dikepalanya. (dari sebab panasnya bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dasyat siksaan daripadanya padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya".

Umat Islam seluruh negara telah melangkah masuk ke bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Rentetan daripada ketibaan Ramadan, suasana baru yang tidak dapat dilihat pada bulan-bulan lain akan mengambil  tempat. 

Di antaranya menggambarkan ciri ibadah puasa yang sebenar serta tidak kurang juga puasa sebagai adat atau pesta tahunan.   

Oleh itu, umat Islam perlu benar-benar memahami falsafah puasa yang selaras dengan al-Quran dan sunah serta mengelakkan daripada menjadikan puasa hanya sebagai adat tahunan sahaja. 

Di antara ciri-ciri tingkah laku yang perlu dihindarkan kerana telah menjatuhkan martabat puasa kepada tahap adat semasa ialah:   

* Menyempitkan skop puasa hanya dengan menahan makan dan minum pada siang hari sahaja. Sedang mata, hati dan lidah tidak ditahan daripada melakukan dosa. Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala berpuasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan  minumannya. (riwayat Al-Bukhari) 

* Berpuasa pada siang hari sahaja daripada melakukan dosa dan maksiat. Selepas berbuka segala kegiatan maksiat seperti mengumpat, merokok, mencaci, melakukan zina mata diteruskan seperti biasa. 

* Berlebih menyediakan juadah berbuka puasa sehingga melakukan pembaziran. Allah berfirman, Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara kepada syaitan. (al-Isra':27) 

* Berlebih makan ketika berbuka sehingga meletihkan badan dan menghalang daripada melakukan ibadah di malamnya. Sikap bersederhana Rasulullah s.a.w di dalam berbuka puasa perlu dicontohi sebagaimana maksud  hadis: Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air. (riwayat Abu Daud, Ahmad & Al-Tirmidzi)  

* Malas menghidupkan malam Ramadan dengan ibadah sunat seperti melakukan solat tarawih, solat malam dan sebagainya. 

* Terdorong untuk bersolat tarawih hanya kerana sandaran kepada hadis palsu yang menyatakan kelebihan bersolat tarawih pada setiap malam. Untuk itu, pihak berkuasa agama perlu menghindarkan penyebaran hadis inidaripada berleluasa seperti tahun-tahun terdahulu. 

* Mengabaikan ibadah malam bermula dengan solat  berjemaah maghrib, isyak dan tarawih kerana sibuk menonton televisyen atau kerana urusan-urusan lain. 

* Malas bekerja dan tidak produktif semasa berpuasa  dengan alasan keletihan. Bayangkan bagaimana nabi s.a.w dan para sahabat berperang Badar dengan nisbah 300 melawan 1,000  orang. 

* Malas membaca al-Quran atau hanya mengehadkan bacaanpada surah Yasin sahaja. Sedangkan baginda s.a.w senantiasa menyemak dan  mengkhatamkan al-Quran sekali di dalam bulan Ramadan dengan Jibril   a.s. 

* Malas berdoa sedangkan doa orang yang puasa akan dimakbul oleh Allah berdasarkan sabda nabi s.a.w : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu doa yang tidak ditolak. (riwayat Ibn Majah).   

* Mengabai serta meninggalkan peluang beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan kerana sibuk dengan persiapan menyambut hari raya. 

* Tidak bersedih dengan berakhirnya bulan Ramadan. Juga tidak bimbang sekiranya tidak dapat bertemu Ramadan yang akan datang. 

* Memiliki kepercayaan-kepercayaan karut tentang kepulangan roh orang yang telah mati pada bulan Ramadan. Sedangkan kepercayaan tersebut adalah bertentangan dengan konsep roh dan alam barzakh (al-Mukminun:  99-100) 

* Kepercayaan kepada perlunya menyalakan pelita pada malam 7 likur. Akibat kepercayaan ini Islam telah terfitnah dengan tohmahan  pihak tertentu yang mengatakan malaikat orang Islam rabun malam. Oleh sebab itu, pelita perlu dinyalakan sebagai panduan kepada para malaikat yang turun membawa  berkat.

* Tidak menunaikan sembahyang fardu ketika berpuasa atau hanya bersolat pada bulan Ramadan sahaja. Sabda nabi s.a.w : Beza di antar seorang Muslim dengan syirik serta kekufuran adalah meninggalkan solat. (riwayat  Muslim). Menurut sebahagian ulama salaf, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dihukum kafir. Maka sudah pasti amalan puasa orang yang kafir tidak akan diterima oleh Allah. 

* Memusnahkan pahala puasa sebulan dengan sambutan hari raya yang melampau sehingga melakukan maksiat. 

Ini adalah di antara beberapa kesalahan yang biasa  dilakukan oleh umat Islam semasa menjalankan ibadat puasa yang telah merendahkan martabat bulan Ramadan. Oleh itu, kita perlu menghindarkan perkara-perkara tersebut demi menjamin pahala yang berganda di bulan ini. 

Ini berdasarkan sabda baginda s.a.w yang bermaksud: Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lepas. (riwayat al-Bukhari)

Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
 
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
 
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
 
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
 
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
 
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
 
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
 
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
 
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
 
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
 
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu.. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
 
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
 
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Alhamdulillah setakat ini sahaja untuk renungan bersama, terimakasih kepada mereka yang menyumbang buah fikiran untuk dikongsi bersama.

Wasalam, jumpa lagi.